Wednesday, August 19, 2009

Awasi virus H1N1


Panduan penjagaan di rumah: -

• Mereka yang berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema dinasihatkan berada di rumah. Jangan ke tempat kerja, sekolah atau tempat awam.
• Sepanjang di rumah, makan ubat atau paracetamol mengikut dos disyorkan, berehat secukupnya, minum banyak bagi mengelak dehidrasi seperti air mineral, isotonik, jus buah-buahan atau sup dan bubur.
• Makan secara sihat, lakukan aktiviti fizikal serta pastikan pengudaraan dalam rumah sempurna.
• Pesakit dan ahli keluarga perlu elak jangkitan di rumah dengan gunakan tisu atau sapu tangan ketika batuk ataubersin, cuci tangan dengan sabun serta buang tisu yang sudah digunakan ke dalam tong sampah.
• Pesakit dan ahli keluarga tidak boleh berkongsi peralatan peribadi termasuk pinggan mangkuk, pakaian, tuala, cadar serta selimut dan semua barangan itu perlu dicuci dengan sabun dan air.
• Pesakit dan ahli keluarga jangan meninggalkan rumah sehingga sembuh yang lazimnya tujuh hari, tinggal di bilik
berasingan serta menjarakkan diri dengan ahli keluarga berisiko sekurangkurangnya satu meter.
• Jika terpaksa keluar rumah, contohnya bagi mendapatkan rawatan, pesakit dan ahli keluarga perlu memakai
penutup mulut dan hidung selain kerap membasuh tangan. Panduan penilaian tahap kesihatan
• Segera dapatkan rawatan di hospital jika alami masalah pernafasan seperti sesak nafas, semput, warna bibir
bertukar menjadi lebam atau biru, batuk berdarah atau kahak berdarah.
• Sakit dada berterusan, cirit-birit atau muntah yang kerap, demam berterusan melebihi tiga hari atau demam berulang selepas tiga hari pulih, berkelakuan luar biasa, keliru, kurang responsif terhadap rangsangan atau sawan, pening apabila berdiri dan kurang buang air kecil.
• Individu yang berisiko tinggi ialah kanak-kanak berusia kurang lima tahun, warga emas berusia 65 tahun ke atas, kanak-kanak dan remaja kurang 19 tahun yang mengambil aspirin untuk tempoh rawatan jangka panjang dan wanita hamil.
• Turut berisiko, orang dewasa yang mempunyai penyakit seperti asma, sakit paru-paru kronik, kegagalan fungsi organ, kardiovaskular, penyakit hati, sistem darah, saraf dan gangguan metabolik seperti diabetes.
• Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai daya ketahanan rendah, termasuk alah kepada ubat tertentu, kanser dan HIV, penghuni pusat penjagaan kesihatan serta fasiliti penjagaan kesihatan kronik serta individu mempunyai berat badan berlebihan.


Dipetik dari akhbar Harian Metro -7/8/2009

Tuesday, August 4, 2009

PC FAIR 2009



PIKOM PC FAIR 2009 (II)


31 July - 2 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· KL Convention Centre, Kuala Lumpur - Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur
. Village Mall, Sungai Petani - Kedah
. Dewan Perbandaran Taiping - Perak
· Batu Pahat Mall, Batu Pahat - Johor
7 August - 9 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· Penang International Sports Arena, Penang - Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau
· Mahkota Parade Melaka, Melaka - Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir
· Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu - Sabah
· Berjaya Megamall, Kuantan - Pahang
13 August - 15 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· KB Mall, Kota Bharu - Kelantan
· Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu - Terengganu
14 August - 16 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru - Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru
· Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak - Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh

Tanda - Tanda Wabak Influenza A (H1N1)

Salam buat semua...

Pertama sekali aku ucapkan selamat bertemu kembali dalam blog aku yang tidak seberapa ini.
Lama juga aku tak post apa - apa dalam log aku ni. Aku sekarang berada di rumah aku di Kota Damansara berikutan Universiti tempat aku belajar diarahkan tutup angkara satu wabak yang waktu tika ini amat popular dan juga menakutkan. Virus yang diberi nama "Selsema Babi" ini pada mulanya menular di beberapa buah negara seperti Australia, America dan lain - lain. Dan kini Virus yang mendapat jolokan H1N1 ini telah merebak ke negara kita - Malaysia. Setakat hari ini, sudah 8 kematian dilaporkan akibat wabak "babi" ini. Dan atas sebab itu juga, banyak institusi - institusi dan sekolah - sekolah ditutup termasuklah tempat aku menimba ilmu - Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Wabak Influenza A H1N1 ini telah meragut banyak nyawa manusia diseluruh pelosok dunia. Kite sebagai manusia harus peka dengan persekitaran sekeliling kita. Pihak kerajaan telah banyak kali menyarankan langkah - langkah yang perlu dilakukan bagi mengelak penularan wabak ini.

Seseorang itu boleh bermula dengan mengekalkan kebersihan diri yang optimum dengan mengekalkan kebersihan sepanjang masa. Selalu membasuh tangan dengan pencuci tangan Lifebuoy antibakteria bukan saja melindungi anda daripada terkena bakteria berbahaya, tetapi juga melembapkan tangan anda dan menjadikan kulit anda berbau harum.

Selain daripada mencuci tangan dengan kerap, mandi dengan menggunakan pencuci badan antibakteria selepas pulang ke rumah juga adalah langkah mudah yang boleh diambil bagi mengelakkan daripada membawa pulang kuman dan bakteria berbahaya kepada keluarga anda.

Antara tanda yang perlu diteliti di kalangan kanak-kanak:

1. Sukar bernafas atau sesak nafas
2. Bibir berubah menjadi biru
3. Sering keletihan atau tidak mampu bergerak
4. Kejang pada bahagian leher
5. Kelihatan keliru
6. Mengalami sawan atau kekejangan
7. Tidak membuang air kecil selama 12 jam


Antara tanda di kalangan orang dewasa:

1. Demam berlanjutan selama lebih lima hari
2. Batuk tanpa mengeluarkan kahak
3. Sukar untuk bernafas, walaupun ketika sedang berehat
4. Sakit dada ketika bernafas
5. Bibir berubah menjadi biru
6. Demam yang berulang-ulang dan sesak nafas walaupun kelihatan seperti telah sembuh
7. Pengsan



Bersihkan tangan bagi mencegah jangkitan H1N1

1. Ratakan sabun ke telapak tangan.
2. Gosok secara menyeluruh sehingga ia berbuih.
3. Sental di antara celah jejari kerana kawasan ini dikenali sebagai ‘tempat paling digemari’ oleh kuman.
4. Sental setiap jari pada tapak tangan sehingga ia bersih.
5. Gosok belakang tangan dan juga pergelangan tangan anda.
6. Akhir sekali, bilas secara rata dengan air bersih dan keringkan dengan kain bersih atau tisu.


(Petikan diatas dipaparkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia)

Wednesday, August 6, 2008

ADAB MENDENGAR AZAN


Allahu Akbar!!


ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ."
semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin. ."

Tuesday, July 29, 2008

INSAN BERGELAR IBU

Ibu....
Seorang insan yang paling rapat dengan diri kita
Seorang isan yang tak mengenal erti jemu menjaga kita
Mendengar luahan hati kita
Memberi kasih sayang dari kecil sehinggalah kita dewasa
Berkorban apa sahaja demi anaknya
Sehingga kita dapat mengecap kejayaan dalam hidup
Sehingga kita berjaya dalam setiap bidang yang kita ceburi
dan hingga kini kita masih memerlukan kasih seorang yang bergelar 'ibu'
Mungkin besok atau lusa atau hari2 berikutnya kita tidak akan dapat lagi merasai saat2 indah bersama ibu
Adakah kita bersedia? mungkin waktu ini kita sudah dewasa.
Sudah pandai berdikari dan tidak memerlukan bantuan dari ibu lagi
Hari2 kita sibuk dengan kerja harian atau mungkin diri kita jauh dari ibu kerana berkerja atau apa saja keadaan.
Pernahkah kita terfikir rasa hati seoarang ibu yang terlalu merindui anaknya
Yang dahulu tika kecil didukungya, disusuinya, dan tempat ibu menghilangkan rasa kesunyian.
Mungkin ibu sudah tua, dan mungkin pula kita sudah dewasa.
Pernahkah kita terasa kehilangan atau kesunyian tika kita jauh dari pandangan ibu.
Tika kita sibuk dengan tugas seharian
atau tika kita leka dengan kemewahan dunia
Ketahuilah...
Hati seorang ibu itu terlalu sukar dimengerti dan sebaliknya ibu amat peka dengan setiap apa Yang terjadi dalam diri anaknya..
Kerna di dalam hati ibu itu wujud seseorang yang amat disayanginya.
Sedarlah...
Bangunla..
Dakaplah ibu sekuat hatimu..
Berilah kesempatan yang ada ini untuk kita membalas setiap apa yang belum kita lakukan demi Seseorang yang bergelar ibu
Berilah sepenuh perhatian dalam diri kamu hanya untuk ibu.
Dan sesungguhya kamu telah berjaya menjadi seorang anak yang soleh dan solehah.
insyaallah.....

Video ini khas untuk insan yang bergelar "ANAK"


Sunday, July 27, 2008

MARI BELAJAR BAHASA ARAB

Tahukah anda?

  • Kerajaan amat mementingkan Bahasa Arab dan menggalakkan rakyat mempelajari Bahasa Arab. Sekarang setiap murid-murid sekolah rendah diwajibkan mempelajari Bahasa Arab. Maka sudah sampai masanya anda mempelajari Bahasa Arab untuk kegunaan sendiri dan kemudian boleh mengajarkannya kepada anak-anak anda .

  • Hanya pelajar-pelajar yang menguasai Bahasa Arab sahaja yang dipilih oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Inilah waktunya anda memperkukuhkan pengetahuan dan mempertingkatkan penguasaan serta kefahaman anda terhadap Bahasa Arab.
  • Bahasa Kedua terbesar penggunaannya di dunia ialah Bahasa Arab. Pengetahuan tentang Bahasa Arab kini amat penting, selain penggunaanya yang global, ia juga merupakan sumber maklumat utama selain Bahasa Inggeris. Banyak sumber-sumber maklumat yang diperolehi sekarang ini didapati daripada sumber satelit terkenal berbahasa Arab iaitu Al-Jazeera.
  • Al-Quran diturunkan di dalam Bahasa Arab. Kerana ia adalah Bahasa Mukjizat dan bahasa pertuturan nabi junjungan kita Muhammad (SAW). Pengetahuan Bahasa Arab amat penting untuk mengetahui isi kandungan Al-Quran dan doa-doa yang sering kita baca setiap hari. Bahkan ia merupakan fardu kifayah ke atas semua umat islam.
  • Perkataan-perkataan yang dibaca di dalam solat juga adalah di dalam Bahasa Arab. Oleh sebab itu, perlu untuk setiap umat islam mengetahui makna setiap perkataan yang disebutkan di dalam solat, untuk menjadikan solat kita lebih khusyuk.

Bahasa Arab... bahasa yang mungkin ada segelitir di antara kita yang fasih dengan bahasa ini. Bahasa Arab merupakan bahasa yang banyak berkaitan dengan agama Islam. Bahasa ini mmg unik dan keunikannye itu yang harus kite pelajari utk membuatkan diri kita cukup bersedia. Aku sendiri pun taktau cakap Bahasa Arab nie... Tapi ada juga dikalangan orang kita yang fasih bercakap dalam bahasa Arab..dan begitu juga sebaliknya... Video ni untuk tatapan saudara dan saudari...Renungkan..=)