Sunday, July 27, 2008

ATAS NAMA CINTA

ALLAH S.W.T sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.Tetapi, pernahkah kita terfikir adakah apa yang kita jumpa itu betul? Apabila salah satu pintu kebahagian tertutup, yang lain akan terbuka, tetapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah lama tertutup itu terlalu lama sehinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun terbuka untuk kita.

Kawan yang paling baik adalah seseorang yang kamu boleh duduk di dalam satu buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan itu adalah perbuatan yang paling hebat yang pernah kamu alami.

Memang benar kita tidak akan tahu apa yang telah kita miliki sehinggalah kita kehilangannya. Dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah “ia” datang….. Memberi seseorang seluruh cinta kamu bukanlah satu kepastian yang seseorang itu akan menyintai kamu kembali. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tetapi, sekiranya TIDAK, pastikan ianya terus mekar di hati kamu.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang dan satu hari untuk mengasihi seseorang. Tetapi untuk mencintai seseorang dan dicintai kembali adalah suatu perkara yang terlalu sukar untuk dicapai kerana cinta tidak akan hadir hanya sekelip mata. Cinta memerlukan pengorbanan yang besar dimana ia tidak semudah untuk dilafazkan. Cinta yang hadir sekelip mata hanya akan mengambil masa yang sama untuk berubah. Tetapi cinta yang sebenar mengambil masa sepanjang kehidupan untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang hanya pada kecantikan kerana ia mungkin sesuatu yang palsu. Jangan kejar kepada kemewahan kerana ia pasti akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekutum senyuman untuk mencerahkan hari kamu yang suram dan kata- kata yang dapat menyentuh perasaan kamu. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kamu teramat merindui seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi kamu dan memeluknya dengan sebenar-benarnya. Mimpilah apa yang kamu ingin impikan, pergilah mencari ia ke mana-mana yang kamu ingin tujui supaya kamu tidak menyesal sebelum mencuba daripada mencuba untuk menyesal dengan perlakuan yang lepas. Dan jadilah apa yang kamu inginkan itu kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan dan menunjukkan isi hati kamu.

Semoga kamu memiliki kebahagian yang cukup untuk untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kamu kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kamu adalah seorang INSAN, harapan yang cukup untuk membuatkan kamu bahagia. Selalu bayangkan diri kamu di dalam kasut seseorang. Jika rasa ia menyakitkan kamu, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain jua.

Kebahagiaan seseorang itu tidak semestinya memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa sahaja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, kepada mereka yang terluka, kepada mereka yang telah mencari dan kepada mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh kehidupan mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa kamu dilahirkan, kamu menangis kerana genggaman tangan kamu terlerai dimana genggaman tersebut terdapat amanat daripada NYA dan orang di sekeliling kamu tersenyum. Teruskan hidup kamu supaya apabila kamu mati nanti kamulah orang yang akan tersenyum dan orang sekeliling jua akan tersenyum kerana di dalam hati mereka terdapat sesuatu yang dapat digenggam hasil dari rasa CINTA yang lahir dari hati yang tulus, suci dan murni…insyallah…….

Cinta? apa lagi harus kita ungkapkan dengan kata cinta?? Cinta selalunya indah apabila pilihan kita adalah 'tepat'. Tapi jika ianya 'salah'... apa yang harus kita lakukan?.. cinta ada pelbagai ragam.. Cinta itu selalunya membuatkan kita tersenyum.. menangis... dan adakala gelisah..
Tetapi pernahkah kita melihat seseorang yang menyukai hanya kerna minat? Dan tidak mengharap apa2 balasan dari cinta yang diinginkannya??
LIHAT VIDEO INI......


No comments: