Wednesday, August 6, 2008

ADAB MENDENGAR AZAN


Allahu Akbar!!


ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ."
semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin. ."

Tuesday, July 29, 2008

INSAN BERGELAR IBU

Ibu....
Seorang insan yang paling rapat dengan diri kita
Seorang isan yang tak mengenal erti jemu menjaga kita
Mendengar luahan hati kita
Memberi kasih sayang dari kecil sehinggalah kita dewasa
Berkorban apa sahaja demi anaknya
Sehingga kita dapat mengecap kejayaan dalam hidup
Sehingga kita berjaya dalam setiap bidang yang kita ceburi
dan hingga kini kita masih memerlukan kasih seorang yang bergelar 'ibu'
Mungkin besok atau lusa atau hari2 berikutnya kita tidak akan dapat lagi merasai saat2 indah bersama ibu
Adakah kita bersedia? mungkin waktu ini kita sudah dewasa.
Sudah pandai berdikari dan tidak memerlukan bantuan dari ibu lagi
Hari2 kita sibuk dengan kerja harian atau mungkin diri kita jauh dari ibu kerana berkerja atau apa saja keadaan.
Pernahkah kita terfikir rasa hati seoarang ibu yang terlalu merindui anaknya
Yang dahulu tika kecil didukungya, disusuinya, dan tempat ibu menghilangkan rasa kesunyian.
Mungkin ibu sudah tua, dan mungkin pula kita sudah dewasa.
Pernahkah kita terasa kehilangan atau kesunyian tika kita jauh dari pandangan ibu.
Tika kita sibuk dengan tugas seharian
atau tika kita leka dengan kemewahan dunia
Ketahuilah...
Hati seorang ibu itu terlalu sukar dimengerti dan sebaliknya ibu amat peka dengan setiap apa Yang terjadi dalam diri anaknya..
Kerna di dalam hati ibu itu wujud seseorang yang amat disayanginya.
Sedarlah...
Bangunla..
Dakaplah ibu sekuat hatimu..
Berilah kesempatan yang ada ini untuk kita membalas setiap apa yang belum kita lakukan demi Seseorang yang bergelar ibu
Berilah sepenuh perhatian dalam diri kamu hanya untuk ibu.
Dan sesungguhya kamu telah berjaya menjadi seorang anak yang soleh dan solehah.
insyaallah.....

Video ini khas untuk insan yang bergelar "ANAK"


Sunday, July 27, 2008

MARI BELAJAR BAHASA ARAB

Tahukah anda?

  • Kerajaan amat mementingkan Bahasa Arab dan menggalakkan rakyat mempelajari Bahasa Arab. Sekarang setiap murid-murid sekolah rendah diwajibkan mempelajari Bahasa Arab. Maka sudah sampai masanya anda mempelajari Bahasa Arab untuk kegunaan sendiri dan kemudian boleh mengajarkannya kepada anak-anak anda .

  • Hanya pelajar-pelajar yang menguasai Bahasa Arab sahaja yang dipilih oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Inilah waktunya anda memperkukuhkan pengetahuan dan mempertingkatkan penguasaan serta kefahaman anda terhadap Bahasa Arab.
  • Bahasa Kedua terbesar penggunaannya di dunia ialah Bahasa Arab. Pengetahuan tentang Bahasa Arab kini amat penting, selain penggunaanya yang global, ia juga merupakan sumber maklumat utama selain Bahasa Inggeris. Banyak sumber-sumber maklumat yang diperolehi sekarang ini didapati daripada sumber satelit terkenal berbahasa Arab iaitu Al-Jazeera.
  • Al-Quran diturunkan di dalam Bahasa Arab. Kerana ia adalah Bahasa Mukjizat dan bahasa pertuturan nabi junjungan kita Muhammad (SAW). Pengetahuan Bahasa Arab amat penting untuk mengetahui isi kandungan Al-Quran dan doa-doa yang sering kita baca setiap hari. Bahkan ia merupakan fardu kifayah ke atas semua umat islam.
  • Perkataan-perkataan yang dibaca di dalam solat juga adalah di dalam Bahasa Arab. Oleh sebab itu, perlu untuk setiap umat islam mengetahui makna setiap perkataan yang disebutkan di dalam solat, untuk menjadikan solat kita lebih khusyuk.

Bahasa Arab... bahasa yang mungkin ada segelitir di antara kita yang fasih dengan bahasa ini. Bahasa Arab merupakan bahasa yang banyak berkaitan dengan agama Islam. Bahasa ini mmg unik dan keunikannye itu yang harus kite pelajari utk membuatkan diri kita cukup bersedia. Aku sendiri pun taktau cakap Bahasa Arab nie... Tapi ada juga dikalangan orang kita yang fasih bercakap dalam bahasa Arab..dan begitu juga sebaliknya... Video ni untuk tatapan saudara dan saudari...Renungkan..=)


ATAS NAMA CINTA

ALLAH S.W.T sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.Tetapi, pernahkah kita terfikir adakah apa yang kita jumpa itu betul? Apabila salah satu pintu kebahagian tertutup, yang lain akan terbuka, tetapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah lama tertutup itu terlalu lama sehinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun terbuka untuk kita.

Kawan yang paling baik adalah seseorang yang kamu boleh duduk di dalam satu buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan itu adalah perbuatan yang paling hebat yang pernah kamu alami.

Memang benar kita tidak akan tahu apa yang telah kita miliki sehinggalah kita kehilangannya. Dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah “ia” datang….. Memberi seseorang seluruh cinta kamu bukanlah satu kepastian yang seseorang itu akan menyintai kamu kembali. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tetapi, sekiranya TIDAK, pastikan ianya terus mekar di hati kamu.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang dan satu hari untuk mengasihi seseorang. Tetapi untuk mencintai seseorang dan dicintai kembali adalah suatu perkara yang terlalu sukar untuk dicapai kerana cinta tidak akan hadir hanya sekelip mata. Cinta memerlukan pengorbanan yang besar dimana ia tidak semudah untuk dilafazkan. Cinta yang hadir sekelip mata hanya akan mengambil masa yang sama untuk berubah. Tetapi cinta yang sebenar mengambil masa sepanjang kehidupan untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang hanya pada kecantikan kerana ia mungkin sesuatu yang palsu. Jangan kejar kepada kemewahan kerana ia pasti akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekutum senyuman untuk mencerahkan hari kamu yang suram dan kata- kata yang dapat menyentuh perasaan kamu. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kamu teramat merindui seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi kamu dan memeluknya dengan sebenar-benarnya. Mimpilah apa yang kamu ingin impikan, pergilah mencari ia ke mana-mana yang kamu ingin tujui supaya kamu tidak menyesal sebelum mencuba daripada mencuba untuk menyesal dengan perlakuan yang lepas. Dan jadilah apa yang kamu inginkan itu kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan dan menunjukkan isi hati kamu.

Semoga kamu memiliki kebahagian yang cukup untuk untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kamu kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kamu adalah seorang INSAN, harapan yang cukup untuk membuatkan kamu bahagia. Selalu bayangkan diri kamu di dalam kasut seseorang. Jika rasa ia menyakitkan kamu, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain jua.

Kebahagiaan seseorang itu tidak semestinya memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa sahaja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, kepada mereka yang terluka, kepada mereka yang telah mencari dan kepada mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh kehidupan mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa kamu dilahirkan, kamu menangis kerana genggaman tangan kamu terlerai dimana genggaman tersebut terdapat amanat daripada NYA dan orang di sekeliling kamu tersenyum. Teruskan hidup kamu supaya apabila kamu mati nanti kamulah orang yang akan tersenyum dan orang sekeliling jua akan tersenyum kerana di dalam hati mereka terdapat sesuatu yang dapat digenggam hasil dari rasa CINTA yang lahir dari hati yang tulus, suci dan murni…insyallah…….

Cinta? apa lagi harus kita ungkapkan dengan kata cinta?? Cinta selalunya indah apabila pilihan kita adalah 'tepat'. Tapi jika ianya 'salah'... apa yang harus kita lakukan?.. cinta ada pelbagai ragam.. Cinta itu selalunya membuatkan kita tersenyum.. menangis... dan adakala gelisah..
Tetapi pernahkah kita melihat seseorang yang menyukai hanya kerna minat? Dan tidak mengharap apa2 balasan dari cinta yang diinginkannya??
LIHAT VIDEO INI......


Whatever Baby

Video nie just for fun... kadang2 budak kecik nie selalu buat hati kite geli hati...
biasela baru nak dapat mulut... tue yang cakap sesaje.. tapi cube korang tgk clip video nie...
Aku pun tak tau ape motifnye.. tapi.... "Whatever......."



3 BENE 2008

3BENE.....
Ape yang aku boleh ceritakan tentang 3BENE...???
Sebuah class yang bolehla dikatekan 'happening' dek kerane budak2nye yang
kdg2 tak berape nak betul ngan kadang2 terlalu nak betul..
terlintas kat ati aku nak ceritakan tentang class aku nie...
gabungan budak dari matrikulasi... dari politeknik... dari UTM...KUITHO.. n STP....
menjadikan class nie huru- hara. hehehe
tapi kire ok la gak...
aku happy je dalam class nie...
kat sini ade la slide sikit just for 3bene students...
mane2 pic yang kurang anda kurang berkenan, maapla ye..candid je nie...hehehe
p/s: aku tau korang suke main Friendster. kat sini aku nak ajak korang join
BENE Group... meriah2kan le yer group nie...sian membe kite 'Mat Lay' yang create. Join k??=)





JOGATHON UTeM 2008


Pada 2 MAc 2008 yang lalu, Universiti Teknikal Malaysia Melaka telah menganjurkan "Jogathon Utem 2008". Bertempat di campus cubic utk pendaftaran peserta. Acara ini bermula seawal jam 6.30 pg di mana peserta2 boleh mendaftarkan diri. Para peserta dilepaskan pada jam 8.30 pagi mengikut kategori2 yang dipertandingkan...
larian dimulakan dari campus cubic dan berakhir di campus induk Durian Tunggal.
Kategori yang dipertandingakan ialah kategori staff lelaki, staff perempua, staff lelaki veteran, staff perempuan veteren, pelajar lelaki dan pelajar perempuan, dan juga peserta dari luar. Acara jogathon ini mendapat sambutan yang agak memberangsangkan kerana hampir 1000 peserta telah mendaftarkan diri sebagai peserta...
Acara ini tamat pada jam 12.30 tghhari.


antara peserta yang paling bersemangat berlari


akak sorang ni lari ke berjalan? penat dah kot....hehe




AJK2 yang bertugas sepanjang perjalanan Jogathon Utem 2008


Para peserta berkumpul di Kompleks sukan Utem utk acara penutup.

iPod + MacBook Air

FIKIR - FIKIRKAN...



perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan....

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan

Apple Macbook Air VS Sony Notebook

Nie la yang aku maksudkan laptop ternipis....
Apple Macbook Air VS Sony Notebook....
mane satu yang menang pun aku tak tau..
korang pikir la sendiri..=)


Yael Naim - A New Soul


Video nie aku dapat bile aku tertengok kat dalam satu blog membe aku, best pulak lagu nie.. so aku letak kat blog aku nie utk tatapan korang tgk..
sebenarnye lagu nie lagu tema "MacBook air -Apple" laptop paling nipis yang ade skang... so enjoy la k..


Saturday, July 26, 2008

RENUNG - RENUNGKAN


CINTA ITU KEKUATAN



Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
-Prof. Hamka dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wick

Tuesday, July 22, 2008

DI SINI SEGALA BERMULA...

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Disini segala bermula.... Pada tanggal 1 july 2007, aku telah menjejakkan kaki ke menara gading yang berkonsepkan 'Technical'. Ini lah universitiku...
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
Di sini lah bermula segala - galanye.. impian, harapan dan kejayaan..

Bagunan FKEKK


View hadapan Jabatan Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer


Ruang Legar FKEKK


UTeM 'in construction'

fkekk


Dijangka siap sepenuhnye tahun 2010


ruang legar


top floor

VISION, MISSION & MOTTO
~Vision~
To Be One of the World's Leading Innovative and Creative Technical Universities
~MiSsion~
To Produce Highly Competent Professionals Through Quality and World Class Technical University Education Based on Application-Oriented Teaching, Learning and Research With Smart University-Industry Partnership In Line With National Aspirations
~Motto~
Excellence Through Competency






KENANGAN DI PUO


"Politeknik Ungku Omar" terkenal dgn instrument-instrument yang boleh dikatekan agak 'old skool'=) Sume org tau poli aku nie la paling tua antare2 poli2 yang ade skang. Aku cukup berbangga ngan poli kesayangan aku nie.. terletak di lembah kinta ipoh. Keluasan tue takde la berape luas tapi still ade kemudahan yang mencukupi... Biasela org kate "barang lame nie kualiti tinggi" hehehe..
kualiti tue mmg ade dah.hehehe.. kat sini aku view sikit gamba2 yang ade kat politeknik tertua nie.. thun 1969 dibina. konvokesyen nak dekat yang ke-40 kot=)

Lab Telekomunikasi

Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik



Dewan Kuliah JKE

Bile tengok je pic nie aku mesti teringat antare skill2 yang kengkawan aku wat bile ade test or quiz. Macam2 helah yang kiteorng buat, tapi selalunye tak akan jadi sebab dewan nie besor. bile test jarak antare kusi tue jauh bonar..
Tue la kdg2 buat kiteorg 'give up' nak meniru and lahirlah pelajar2 keluaran PUO yang berkualiti tinggi...hahahaha..
kualiti la sgt....


View dalam Dewan Jubli PUO


Lab Audio Visual

Politeknik Ungku Omar(PUO) telah ditubuhkan pada tahun 1969 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kini, PUO mempunyai seramai 700 staf yang kebanyakannya adalah daripada bidang akademik. PUO mempunyai sebanyak 8 Jabatan, serta 12 Unit-unit. PUO terletak di bandaraya Ipoh, Perak.

KITA MAKAN DULU.......

Gamba nie time aku ngan memembe makan "Char Kuew Tiew" kat Bkt. Mertajam. Best time nie, lepas jalan2 sekitar Penang, berenti jap makan. kat sini cume ade "Char Kuew Tiew" je. Menu utame la katekan and 'Trademark' kedai nie. Sedap gak makan kat sini. Nasib baik ade di kalangan membe aku asal sini... So ape lagi, jadi pemandu pelancong la die..hehehe..

SAHABAT


EMPANGAN TELOK BAHANG, PENANG

Pic nie time aku n membe2 class aku dulu g Telok Bahang. Kat belakang tue empangan Telok Bahang, Penang... besar gak empangan nie. Cuti2 malaysia sambil wat assignment....kalau tak silap aku tarikh kiteorang pegi sini bulan mac 2006.
Dari kanan: yusman, faiz , mat, amir, chak-er, nua, ayim, naan, radzi, budin, aku, wan, lee.

Sunday, July 20, 2008

KENANGAN TERINDAH.....

POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH

Assalamualaikum...
Bile aku tgk gamba nie, aku mesti teringat kenangan sepanjang kehidupan aku kat Politeknik Ungku Omar.. satu-satunye name yang "gah" di antare politeknik2.. org kate sape tak kenal PUO.... hehehe..kasi 'up' sket...
macm2 kenangan yang aku dapat sepanjang perjalanan belajar kat puo nie.. gamba nie sebenarnye gamba kiteorg g Penang Port Sdn. Bhd. Assignment kiteorang.. kene cari maklumat tentang "Radar System"...sambil cuti2 Malaysia=)