Wednesday, August 19, 2009

Awasi virus H1N1


Panduan penjagaan di rumah: -

• Mereka yang berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema dinasihatkan berada di rumah. Jangan ke tempat kerja, sekolah atau tempat awam.
• Sepanjang di rumah, makan ubat atau paracetamol mengikut dos disyorkan, berehat secukupnya, minum banyak bagi mengelak dehidrasi seperti air mineral, isotonik, jus buah-buahan atau sup dan bubur.
• Makan secara sihat, lakukan aktiviti fizikal serta pastikan pengudaraan dalam rumah sempurna.
• Pesakit dan ahli keluarga perlu elak jangkitan di rumah dengan gunakan tisu atau sapu tangan ketika batuk ataubersin, cuci tangan dengan sabun serta buang tisu yang sudah digunakan ke dalam tong sampah.
• Pesakit dan ahli keluarga tidak boleh berkongsi peralatan peribadi termasuk pinggan mangkuk, pakaian, tuala, cadar serta selimut dan semua barangan itu perlu dicuci dengan sabun dan air.
• Pesakit dan ahli keluarga jangan meninggalkan rumah sehingga sembuh yang lazimnya tujuh hari, tinggal di bilik
berasingan serta menjarakkan diri dengan ahli keluarga berisiko sekurangkurangnya satu meter.
• Jika terpaksa keluar rumah, contohnya bagi mendapatkan rawatan, pesakit dan ahli keluarga perlu memakai
penutup mulut dan hidung selain kerap membasuh tangan. Panduan penilaian tahap kesihatan
• Segera dapatkan rawatan di hospital jika alami masalah pernafasan seperti sesak nafas, semput, warna bibir
bertukar menjadi lebam atau biru, batuk berdarah atau kahak berdarah.
• Sakit dada berterusan, cirit-birit atau muntah yang kerap, demam berterusan melebihi tiga hari atau demam berulang selepas tiga hari pulih, berkelakuan luar biasa, keliru, kurang responsif terhadap rangsangan atau sawan, pening apabila berdiri dan kurang buang air kecil.
• Individu yang berisiko tinggi ialah kanak-kanak berusia kurang lima tahun, warga emas berusia 65 tahun ke atas, kanak-kanak dan remaja kurang 19 tahun yang mengambil aspirin untuk tempoh rawatan jangka panjang dan wanita hamil.
• Turut berisiko, orang dewasa yang mempunyai penyakit seperti asma, sakit paru-paru kronik, kegagalan fungsi organ, kardiovaskular, penyakit hati, sistem darah, saraf dan gangguan metabolik seperti diabetes.
• Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai daya ketahanan rendah, termasuk alah kepada ubat tertentu, kanser dan HIV, penghuni pusat penjagaan kesihatan serta fasiliti penjagaan kesihatan kronik serta individu mempunyai berat badan berlebihan.


Dipetik dari akhbar Harian Metro -7/8/2009

Tuesday, August 4, 2009

PC FAIR 2009



PIKOM PC FAIR 2009 (II)


31 July - 2 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· KL Convention Centre, Kuala Lumpur - Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur
. Village Mall, Sungai Petani - Kedah
. Dewan Perbandaran Taiping - Perak
· Batu Pahat Mall, Batu Pahat - Johor
7 August - 9 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· Penang International Sports Arena, Penang - Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau
· Mahkota Parade Melaka, Melaka - Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir
· Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu - Sabah
· Berjaya Megamall, Kuantan - Pahang
13 August - 15 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· KB Mall, Kota Bharu - Kelantan
· Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu - Terengganu
14 August - 16 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru - Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru
· Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak - Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh

Tanda - Tanda Wabak Influenza A (H1N1)

Salam buat semua...

Pertama sekali aku ucapkan selamat bertemu kembali dalam blog aku yang tidak seberapa ini.
Lama juga aku tak post apa - apa dalam log aku ni. Aku sekarang berada di rumah aku di Kota Damansara berikutan Universiti tempat aku belajar diarahkan tutup angkara satu wabak yang waktu tika ini amat popular dan juga menakutkan. Virus yang diberi nama "Selsema Babi" ini pada mulanya menular di beberapa buah negara seperti Australia, America dan lain - lain. Dan kini Virus yang mendapat jolokan H1N1 ini telah merebak ke negara kita - Malaysia. Setakat hari ini, sudah 8 kematian dilaporkan akibat wabak "babi" ini. Dan atas sebab itu juga, banyak institusi - institusi dan sekolah - sekolah ditutup termasuklah tempat aku menimba ilmu - Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Wabak Influenza A H1N1 ini telah meragut banyak nyawa manusia diseluruh pelosok dunia. Kite sebagai manusia harus peka dengan persekitaran sekeliling kita. Pihak kerajaan telah banyak kali menyarankan langkah - langkah yang perlu dilakukan bagi mengelak penularan wabak ini.

Seseorang itu boleh bermula dengan mengekalkan kebersihan diri yang optimum dengan mengekalkan kebersihan sepanjang masa. Selalu membasuh tangan dengan pencuci tangan Lifebuoy antibakteria bukan saja melindungi anda daripada terkena bakteria berbahaya, tetapi juga melembapkan tangan anda dan menjadikan kulit anda berbau harum.

Selain daripada mencuci tangan dengan kerap, mandi dengan menggunakan pencuci badan antibakteria selepas pulang ke rumah juga adalah langkah mudah yang boleh diambil bagi mengelakkan daripada membawa pulang kuman dan bakteria berbahaya kepada keluarga anda.

Antara tanda yang perlu diteliti di kalangan kanak-kanak:

1. Sukar bernafas atau sesak nafas
2. Bibir berubah menjadi biru
3. Sering keletihan atau tidak mampu bergerak
4. Kejang pada bahagian leher
5. Kelihatan keliru
6. Mengalami sawan atau kekejangan
7. Tidak membuang air kecil selama 12 jam


Antara tanda di kalangan orang dewasa:

1. Demam berlanjutan selama lebih lima hari
2. Batuk tanpa mengeluarkan kahak
3. Sukar untuk bernafas, walaupun ketika sedang berehat
4. Sakit dada ketika bernafas
5. Bibir berubah menjadi biru
6. Demam yang berulang-ulang dan sesak nafas walaupun kelihatan seperti telah sembuh
7. Pengsan



Bersihkan tangan bagi mencegah jangkitan H1N1

1. Ratakan sabun ke telapak tangan.
2. Gosok secara menyeluruh sehingga ia berbuih.
3. Sental di antara celah jejari kerana kawasan ini dikenali sebagai ‘tempat paling digemari’ oleh kuman.
4. Sental setiap jari pada tapak tangan sehingga ia bersih.
5. Gosok belakang tangan dan juga pergelangan tangan anda.
6. Akhir sekali, bilas secara rata dengan air bersih dan keringkan dengan kain bersih atau tisu.


(Petikan diatas dipaparkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia)