Tuesday, August 4, 2009

Tanda - Tanda Wabak Influenza A (H1N1)

Salam buat semua...

Pertama sekali aku ucapkan selamat bertemu kembali dalam blog aku yang tidak seberapa ini.
Lama juga aku tak post apa - apa dalam log aku ni. Aku sekarang berada di rumah aku di Kota Damansara berikutan Universiti tempat aku belajar diarahkan tutup angkara satu wabak yang waktu tika ini amat popular dan juga menakutkan. Virus yang diberi nama "Selsema Babi" ini pada mulanya menular di beberapa buah negara seperti Australia, America dan lain - lain. Dan kini Virus yang mendapat jolokan H1N1 ini telah merebak ke negara kita - Malaysia. Setakat hari ini, sudah 8 kematian dilaporkan akibat wabak "babi" ini. Dan atas sebab itu juga, banyak institusi - institusi dan sekolah - sekolah ditutup termasuklah tempat aku menimba ilmu - Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Wabak Influenza A H1N1 ini telah meragut banyak nyawa manusia diseluruh pelosok dunia. Kite sebagai manusia harus peka dengan persekitaran sekeliling kita. Pihak kerajaan telah banyak kali menyarankan langkah - langkah yang perlu dilakukan bagi mengelak penularan wabak ini.

Seseorang itu boleh bermula dengan mengekalkan kebersihan diri yang optimum dengan mengekalkan kebersihan sepanjang masa. Selalu membasuh tangan dengan pencuci tangan Lifebuoy antibakteria bukan saja melindungi anda daripada terkena bakteria berbahaya, tetapi juga melembapkan tangan anda dan menjadikan kulit anda berbau harum.

Selain daripada mencuci tangan dengan kerap, mandi dengan menggunakan pencuci badan antibakteria selepas pulang ke rumah juga adalah langkah mudah yang boleh diambil bagi mengelakkan daripada membawa pulang kuman dan bakteria berbahaya kepada keluarga anda.

Antara tanda yang perlu diteliti di kalangan kanak-kanak:

1. Sukar bernafas atau sesak nafas
2. Bibir berubah menjadi biru
3. Sering keletihan atau tidak mampu bergerak
4. Kejang pada bahagian leher
5. Kelihatan keliru
6. Mengalami sawan atau kekejangan
7. Tidak membuang air kecil selama 12 jam


Antara tanda di kalangan orang dewasa:

1. Demam berlanjutan selama lebih lima hari
2. Batuk tanpa mengeluarkan kahak
3. Sukar untuk bernafas, walaupun ketika sedang berehat
4. Sakit dada ketika bernafas
5. Bibir berubah menjadi biru
6. Demam yang berulang-ulang dan sesak nafas walaupun kelihatan seperti telah sembuh
7. Pengsan



Bersihkan tangan bagi mencegah jangkitan H1N1

1. Ratakan sabun ke telapak tangan.
2. Gosok secara menyeluruh sehingga ia berbuih.
3. Sental di antara celah jejari kerana kawasan ini dikenali sebagai ‘tempat paling digemari’ oleh kuman.
4. Sental setiap jari pada tapak tangan sehingga ia bersih.
5. Gosok belakang tangan dan juga pergelangan tangan anda.
6. Akhir sekali, bilas secara rata dengan air bersih dan keringkan dengan kain bersih atau tisu.


(Petikan diatas dipaparkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia)

No comments: